Google+ Followers

Saturday, 11 October 2014

Resepi cheesecake blueberry gerenti SEDAP!

huahuahua . tengok tajuk pon dah rasa kesedapan cake tu tau! melampau iolss =.='

oke first time buat kan seriusly jadi tapi make sure oven uols, uolss tau kondisi dia ok!



Blueberry cheesecake

Base:
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits
2 sb brown sugar

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
3. Bakar dalam oven selama 10 minit


Filling:
500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
250ml Anchor whiiping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling

Cara membuat filling:
1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.

2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.

4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya. 

5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.

6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak. selalu oven saya 1 jam 40 minit baru masak . aish.!

7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama semalaman.
.

Topping: beli ja kat kedai kek siap satu bekas 10 hinggit. tapi sedap bak hang!.kahkah

jadila cheesecake blueberry.rasa sebijik secret re****. takyah p beli dah! saya dah buat 5 kali. rasa sedap ja. ok bai! :P

SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment