Monday 19 May 2014

Tragedi'es

Salam buat semua yang membaca,

Tragedi?? selalu nya tragedi ni mesti dikaitkan dengan benda tak baik kan.
sebegitulah terjadinya kat aku sabtu lepas.
17052014
Biasa la sebulan sekali Appoiment dengan Dr kat seberang jaya
klinik kesukaan pakcik n makcik
aku?antara yang termuda
I'm a LUPUS fighter! yeah!!!

so.nak dijadikan cerita kena masuk ubat cyclo
last la ni for 6 times
Nurse pun buat la keja dia 
cari cari urat..tapi gaya cam tak yakin.
tak pa..aku yakin kan dalam diri.
takkan nurse ni tak pandai kan.
sekali dia masuk ubat,,
lenguh,sakit,kebas semua ada sebelah tangan
dan yang paling tak best siap bengkak mcm  gemok gila tangan
heoll..cemana

last last tgk ice pack.
cucuk tangan lagi sebelah..3 kali daaa cucuk
selamat tak bengkak dh..
huhuhu

sehari jugak la bengkak..siap kaki skali bentan
sampai rasa nak demam urat.hoho

first time in forever..dah mcm lagu frozen.
hahaa.takpa pengalaman
lepas ni kena request la.
sian saya :(

oke yang tu ja nak story .hehe.
enjoy the life with Allah ok.don't forget :)

Friday 16 May 2014

Terima Kasih Cikgu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu

Terima kasih cikgu :)
Happy teacher's day kepada cikgu di seluruh dunia 

Kepada cikgu cikgu saya :

Tadika kemas
Cikgu Fardu'ain
Sek.ren. kebangsaan Methodist PB
Sek.men keb (A) Kerian (SMKAK)
Kolej matrikulasi Pulau pinang
USM Transkrian (KKJ Bahan dan sumber Mineral)

Espeacially for my MOM and DAD..terima kasih mama dan abah sentiasa jadi cikgu yang terbaik dalam hati.
i always love u (",)

Thursday 15 May 2014

New road taken

Salam buat semua yang membaca,

tajuk omputih habeh la kan
padahal kalau nak tulih melayu pun boley
tak pa skali skala asah skil Oh My English
hewhewhew

so memula nak cita pengalaman tak abeh mengaji
then sekarang macam nak sambung balik mengaji
cemana?
heol..


Harapnya ini keputusan yang betul dan tepat untuk diri sendiri!!!
fokus.fokus.fokus

kemain kau.tapi bukak fb.bukak blog.layan insta.layan wechat
dah.sudah
pi amik sample nun.
ok.jom.

Wednesday 14 May 2014

Review Novel # 1.2.3 bintang di langit

Salam semua yang membaca,
Hari ni mood baek.nak review novel yang dah bapa kali tah khatam.
dalam dia ada perasa manis, pahit, masam masam manis (^.^)
boleh bayang?


Jom kita bagi rasa sikit.
#1,2,3 bintang di langit karya Bidayatul.H

ini kisah lelaki dan perempuan berkawan
dari kecik kecik
tanpa sedaq..nama Ahmad farhan anak teruna makcik sarimah tertinggal dekat hati Nur Farha (Ji'a)
Gadis yang dalam diam menyimpan perasaan dekat "paan"
 Tapi bila Paan tau..dia kecewa sebab dia rasa Ji'a tak patut suka dekat dia.
sedangkan depa kawan baik.

aku pun tak paham apsal paan beria marah Ji'a. cakap bebaik tak boleh?
kawan lama kot..Ji'a yang selalu ada untuk paan.
takkan tak nampak.
emo aku belebih lebih part ni. tambah tambah jumpak Ji'a semata waktu Ji'a nak kawen dengan mamat indon tu.
siap cakap Ji'a akan buat tindakan bodoh lagi.
ish ish nak kena tumbuk mamat ni.hahaha

Tapi bila Ahmad Farhan jumpa Nur Farha balik setelah sekian lama
baru terusik hati dia. baru la nak cari kemaafan
semua sebab salah faham.
tapi mungkin ada sebab Allah tak bukak lagi hati Paan waktu tu
sebab waktu tu depa masih remaja.
lagipun Hati manusia Allah yang pegang. Jadi mintak lah dengan Allah.
lagi satu kena pi blanja makcik yg kata 
"yang ni orang rumah paan ka?"
sampai lari balik si Ji'a ni.hahaha 
semuanya sebab "baju warna senada" :)

walaupun penulis tak tulis Ji'a berdoa dekat Allah jodoh dia A.Farhan
mesti Ji'a berdoa moga dijodohkan dengan yang baik baik
See. last last Farhan nampak bintang di langit tu bersinar untuk dia.
1,2,3 Ji'a Ji'a Ji'a
sangat best cita ni
Highly recommended
aku telebih xcited
sebab depa cakap utara

selalunya novel kan keja engineer.anak datok datin. pakai keta apa jenama pun aku tak knai
hat ni dekat ja dengan Hati..
tahniah penulis..walaupun tak baca review saya!!

n penulis ni ada blog dan cerita baru.
isma n ilyasa
hewhew

dapatkan segera di popular. warna biru ye.!
ok setakat ni
As salam

Monday 12 May 2014

Suka.Duka

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
 
  Kau lah yang di situ
 Setia menunggu ku
 Kau lah yang satu
 Menjadi sahabatku

 Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Thursday 8 May 2014

Review Pertama # 3 ceritera dalam sebuah rasa

Salam buat semua yang membaca.
eh. jawab salam dulu ye kakak kakak adik adik :)

Hari ni nak review novel yang panaih panaih lagi kuaq dari PWTC
 tenkiu bery mucho kepada "pai" sebab belikan. *hewhew


#Kimbap Baju kurung Firus-Amany

Best tak best cita ni tahap tatau la bila sama plak dengan cita dalam hidup aku.
tapi semua tu waktu sekolah menengah. DG pula *DG heroin. waktu universiti atau kolej. Punya obses DG ni dengan Izzat, sanggup tunggu izzat sampai sepuluh tahun. dan sangat bebaloi sebab last last izzat dapat jugak dekat DG.. bak kata Mimi, Thanks to najiha.

tapi betul la kata orang Allah temukan kita dengan orang yang salah dahulu..sebelum orang yang betul baru datang. Dan dalam kes DG ni ada hikmah Izzat :
1. tak nampak DG dari awal sebab waktu tu diorang tak matured. 
2. Lagi senang jumpa restu keluarga
3. Izzat pula yang kejaq DG

so cute of DG and Izzat :) 

# ice - nirrossete 

KIV

# tapai pulut daun getah- Faziela

Tengku Reza Azahari or EE ni memang sangat menarik aku rasa. 
1. ada kawan baik nama pijie 
2. asyik bejodoh dengan aza
3. suka makan tapai
4. aku tak nampak dia, tapi dia so cute

kisah EE dan aza kalau ikot ada ka realiti cam tu?? tapi tak mustahil kan.
Jodoh pertemuan di tangan Allah
macam mana EE ada untuk aza. macam tu aza untuk EE

Dulu aku rasa hero hero novel Syud memang menarik perhatian. sekarang rasanya faziela pulak duk buat hati aku huru hara. haha..

oke.kembali kepada realiti. setakat ni review aku. just nak share memang senyum je baca novel ni. Hilang penat balik keja. hewhew 

-the end-

Alhamdulillah :)

Salam buat semua warga blogger,

Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi sebab Allah masih dan masih panjangkan umur saya untuk kembali berblogger 

yeay!

akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

siapa kata hidup tiada masalah?

cuma baigamana kita kembali pada segala pencipta kita.

merasmikan blog blackbeggie. yeay \(^.^)/