Tuesday 21 October 2014

Resepi macaroni bakar gerenti menjilat sudu! hewhew

Salam buat semua.

hari ahad haritu sempat buat macaroni cheese untuk makan malam sekeluarga
tapi tak sempat nak snap gambaq pon dah habes di makan . T_T

takpa. jom kita buat lain kali ok.tapi x boleh banyak banyak makan. nanti badan macam tong drum! hahaha

jadi resepi nya adalah

MACARONI CHEESE

macaroni elbow (ikut nak buat brapa orang makan)
bawang holland (satu labu)
capsicum (merah,hijau, kuning)

untuk kuah putih

1/4 mentega
2 sudu tepung gandum
2 cawan susu freshmilk
garam
lada hitam
cheesedale 2 keping (kalau nak lebih cheese boleh tambahkan)

cara buat kuah putih

cairkan mentega dalam kuali * api perlahan
masukkan tepung gandum (kena kacau selalu nnti berketul)
masukkan susu 
biar panas sedikit masukkan cheese, kacau sampai cheese cair
masukkan garam dan lada hitam
siap!

kuah merah
sos kimball original
daging kisar

cara buat kuah merah
panaskan minyak zaitun sedikit
masukkan bawang hollang dipotong dadu
masukkan daging kisar atau ayam kisar (pilihan sendiri)
biar sampai masak
masukkan capsicum dipotong dadu
masukkan sos kimball 
*saya tambah cili kisar 2 sudu bagi pedas 
biar mendidih dah siap!
opss garam jangan lupa ye!

cara caranya adalah:

1. masukkan macaroni yang sudah direbus dalam kuah putih kacau sekata
2. masukan dlaam loyang (ikut suka)
3. letak kuah merah atas macaroni tadik
4 parutkan cheese mozarella keatas kuah merah
5. bakar pada suhu 160C selama 30 minit (ikut oven ye)

agak2 dah perang cheese dah masak leteww. boleh ngap!

selamat mencuba!

Monday 20 October 2014

Teka teki OH Teka teki

Salam buat semua yang membaca.

hari isnin mood kena baik tau!sebab ye la permulaan hari baru!! Hati mau ceria dong! kekeke

Jom main teka teki dengan iolss mau ngak ibu ibu bapak2. *dahkenapaakujadiminahindoni


Jeng jeng jeng!

No 1. Masak asam campur masak lemak kuning jadi apa?

No 2. Dalam sebuah akurium ada 40 ekor ikan emas. Tiba tiba 7 daripadanya mati lemas, isipadu air dalam akuarium tu berkurang ke bertambah? 

No 3. Dalam sebuah insiden membatitkan pertembungan bus dan treller minyak, bengkok kat mana?

No 4. Zizan kawen emma maembong jadi filem apa? *ini kawan aku yang reka.hahahaha

anda bijak untuk menjawab? sila sila di alu alukan. 
kalau betul tepuk tangan untuk diri sendiri ok!

ceriakan hari mu ^.^

Friday 17 October 2014

Review Novel #Dia. Random Guy by Farah Husain

woah woah another review novel kan.? best sebenaqnya review novel ni. at least orang lain boleh tahu best ke idak novel tu kan??

jadi nya pilihan saya kali ini adalah Dia  Random Guy dari penulis Farah Husain.



alkisahnya mula mula tengok dekat mpH alamanda dengan cik suzaiha :) 

me: eh macam best la novel ni. Tapi aku tak da duit dah nak beli novel
sue: takpela lain kali pulak hang beli, jimat!
me: takpa nanti masuk list.

balik umah kakak tengok kat rak dia. OMG !! ada la DRG!! apa lagi capai terus pastuh kakak kata. best tau novel tu.

hambik sehari baca novel ja sampai mama bising bising :P

kekeke

Novel ni berkisahkan alina seorang wanita la kot sebab umur dia dah 32 rasanya. dia pi randomly tarik tangan seorang laki ni yang nama amzar. kekeke
ada ka patut tarik suka hati. then alkisahnya, amzar ni boss tempat dia keja. memang habes la alina ni.

apa yang sweet dalam cita ni adalah

1. jalan cerita mudah paham
2. i like part sos tuh betullah kadang kadang kita mampu pon nak capai yang mahal kan? sob sob
3. amzar betul betul sayang kan alina. heh! ada lagi ka laki mcm tu zaman la ni. hahhaa
4. novel ni betul betul menyentuh bab keluarga dan kawan. memang best bila mak tiri alin mmg sayangkan alin mcam adik dia jugak.
5. tambah tambah bila alin duk cakap dengan cik jantung hati dia tu..memang lawak habes. hahaha

nak cerita lebih lebih pun kena baca la baru tahu best ke idak.keke.

so selamat membeli ye kakak kakak sekalian :)

P/s: jumpak novel dia yang second tros grab tanpa membaca sinopsis. haha. pulun yo!

Thursday 16 October 2014

Wordless Wednesday

Rata rata bukak belog mesti naik camni pada setiap rabu 
"wordless wednesday"
Iolss pon follow je la kan. apa eh wordless wednesday? bunyik mcm surug kurangkan perkataan pada hari rabu. eh eh dah mcm banyak perkataan dah ni . kekeke

so this is my WORDLESS WEDNESDAY!


Bila kau mula rebah dan jatuh
Bila kau rasa merapuh
Bertahanlah kau sesaat lagi
Dan tiupkanlah dalam hati

Kau manusia
Takkan sifar cela
Tak sempurna
Itu bukan dosa

(Hani,zue, fynn - Kayuh semula)





Tuesday 14 October 2014

#Alang rebus tak empok [ Aimi Shabana]

Salam buat semua yang membaca,

satu lagi review book dari saya kerana saya suka baca novel . kekeke 
Jadi buku ini berkisar tentang apa? Jeng jeng jeng. jom kita tengok kulit dia dulu.


#apa yang best tentang buku ni.

1. takdak bahasa omputih. senang cek nak paham
2. Heroin tak lawa, selalu kan novel mesti heroin lawa
3. Hero memang hensem tapi tak la kaya mana. tipikal budak lelaki nak perempuan cantik ja jadi aweks. *kan dah kena balasan bak kata Aiman.

Ok sudah.Jom sambung cerita

Kisah tentang Shifa. Muka penuh jerawat siap ada nanah. berbonggol bonggol. kulit lawa skit pada jalan tar. oh my. macam aku waktu sekolah menengah dulu. sebab tu kena reject! 

tapi si hero, Ziyad ni nak juga berkawan dengan shifa. katanya lelaki dan perempuan boleh mesra atas nama tali persahabatan.. choii. mana ada lelaki dan perempuan berkawan. salah seorang pasti tergelinciaq la :P

Shifa dan ziyad memang baik dua orang. Lama lama ziyad sendiri yang nampak shifa tu manis, shifa tu comel. shifa tu sweet. kan? sampai dia sanggup baca novel baju melayu hijau serindit  yang shifa baca, nak pakai baju melayu sama shifa dan dia demam bila dia tinggal shifa dekat pasa payang tu.

waktu tu memang rasa nak hempok ziyad. sampai hati buat camtu .sob sob sob. Aku sokong part sarah ketuk kepala ziyad. padan muka!!!! Bagi kesedaran skit. Oh lupa nak cerita pasal zara julia..balalalala malas nak type nama dia.hahaha.. 

seriuosly? pakai bau kalau tak sampai tiga hari tak basuh? ewww muka ja lawa. perangai tak semenggah.

kesimpulannya, lastly Allah perkenankan doa shifa supaya ziyad nampak dia sebagai shifa. 

"Beauty will faded as time goes by, a good heart is hard to maintain but it is precious than any other things"

tengok. tak semestinya tak cantik tak da orang berkenan. jadi jom makan k colly bagi cantik.hahahah 

jadi. pi carik baca hadam. tapi kalau tak best taktau la kan. Iolss suka cita ni. *Nora bagi 4 bintang. :P

Monday 13 October 2014

Ika Fantasi ke??


Tajuk macam dalam komik KAWAN kan?? ika fantasi. hewhew

dulu waktu sekolah rendah orang suka panggei iolss ika fantasi. dak pon kaki retot.

tapi bukan sebab kuat repot. tapi sebab "ketot" =.=' adakah saya yang comel ni kata ketot!

ketuk satg baru hang tau!! :P



sebenarnya nak share lagu lagu yang iolss duk dengaq la ni . :)



Don’t wanna break your heart
I wanna give your heart a break
I know you’re scared it’s wrong
Like you might make a mistake
There’s just one life to live
And there’s no time to waste, to waste

(Demi lovato, Give your heart a break)


But even if the stars and moon collide

I never want you back into my life
You can take your words and all your lies
Oh oh oh I really don't care
Even if the stars and moon collide
I never want you back into my life
You can take your words and all your lies
Oh oh oh I really don't care
(Demi lovato, Really dont care)

I dedicate this song to you,
The one who never sees the truth,
That I can take away your hurt, heartbreak girl.
Hold you tight straight through the day light,
I'm right here. When you gonna realize
That I'm your cure, heartbreak girl?
(5second of summer, Heartbreak girl)


Sunday 12 October 2014

Coklat cake moist mudah sedap dan moist!

Salam buat semua,

mesti ada diantara kita yang duk belek2 hp nak google resepi kan.

Meh nak bagi resepi mudah coklat cake moist!

weee~~~

kasik tunjuk gambaq bagi terbakaq sket :P
COKLAT CAKE MOIST

1 cwn tepung gandum* 
1/2 cwn serbuk koko* 
1 sudu teh baking powder* 
1/2 sudu teh soda bikarbonat* 
saya pakai tepung bluekey naik sendiri
1 cwn gula perang 
1/2 cwn myk jagung 
11/4 cwn air dlm petisejuk( saya guna 1 cwn air sejuk dari peti sejuk dan 1/4 cwn susu cair) 
1 sudu teh esen vanila 
1/2 sudu teh nescafee (saya pakai 3in1 nescafe satu paket)* 
1/2 sdu teh garam 
1 sudu teh jus lemon(saya guna secubit cream of tartar) 

cara: 
1. Pnskn oven 160 degree.
 2. Ayak bhn bertanda*
 3. Dlm satu bekas add bhn2 ayak,gula perang dan garam.Gaul rata. 
4. Tuang air serta susu cair ,myk,esen vanila dan perasa kopi.Kacau dgn whisk hingga sebati dan bhn x bergentel2. 
5. Add jus oren.kacau sebati 
6. Tuang dlm lyang yg telah disapu sedikit mentega dan tepung. 
7. Bkr selama 35~ 40 min atau sehingga kek masak mengikut oven masing2 tapi masak sekejap ja sebab sikit je adunan ni.

untuk topping :

3 sudu besar whipping cream
setengah coklat masakan
1 sudu butter

dah siap kan tuang topping dan tabur choc rice. makan panaih panaih memang terangkat  laaa.. 

SELAMAT MENCUBA uolss :P

Saturday 11 October 2014

Resepi cheesecake blueberry gerenti SEDAP!

huahuahua . tengok tajuk pon dah rasa kesedapan cake tu tau! melampau iolss =.='

oke first time buat kan seriusly jadi tapi make sure oven uols, uolss tau kondisi dia ok!



Blueberry cheesecake

Base:
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits
2 sb brown sugar

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
3. Bakar dalam oven selama 10 minit


Filling:
500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
250ml Anchor whiiping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling

Cara membuat filling:
1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.

2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.

4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya. 

5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.

6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak. selalu oven saya 1 jam 40 minit baru masak . aish.!

7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama semalaman.
.

Topping: beli ja kat kedai kek siap satu bekas 10 hinggit. tapi sedap bak hang!.kahkah

jadila cheesecake blueberry.rasa sebijik secret re****. takyah p beli dah! saya dah buat 5 kali. rasa sedap ja. ok bai! :P

SELAMAT MENCUBA.

Friday 10 October 2014

Hobi baru yaww~~

Assalamualaikum buat semua yang membaca entry ni.

Cik tuan rumah sekarang ada hobi baru. kekeke
hobi melukih kartun .

best oo. lukih lukih buh kat ig. Motif: supaya IG nampak lebih ceria *gelek2 hidustan
hahaha

ni la antaranya


si gadis manis :)


Dr addin n benz alif (aA+bB)


maaf jika aku tak sempurna :)


si gadis comel :)


do follow my ig okeh :) kekeke

Thursday 9 October 2014

I'm Back

Dengan serius nya,

saya kembali balik kepada janji janji nak post satu hari satu post
:P
janji tinggal janji kan
aptb. kekekeke

so, i'm back. do follow me k. aiceh. *gedik

:)

welcome home ika *tepuk tepuk bahu sendrik