Google+ Followers

Sunday, 7 February 2016

Resepi Korean Spicy Fried Chicken

Assalamualaikum and Hi everyone!

Tajuk pun nak bagi resepi kan, jadi tak buang masa kita bagi resepi terus. Simple.mabeles and absolutely delicious!

Korean Spicy Fried Chicken 

Nampak nyummy kan :P
Bahan bahan
Chicken wing/drumstick/mana mana bahagian ayam yang berkenan (saya buat 6 ketul)
bawang putih 3 ulas dicincang
telur 1 biji (dipukul)
Tepung Kentang (boleh digunakan tepung jagung)

Cara penyediaan Ayam:
Ayam diperam bersama garam dan serbuk lada hitam
kemudian, disalut bersama telur
Salut pulak dengan tepung (bagi tebal2 supaya ranggup)

Cara menggoreng:
Minyak panas, Goreng ayam 5 minit dalam dan balik balikkan ayam tersebut.
Angkat dan toskan. Tutup api. Biarkan dalam 5 minit
*masa ni warna ayam kuning pucat
Panaskan minyak kembali. Goreng ayam dalam api sederhana supaya masak didalam.
Goreng sehingga kuning keemasan. *Ayam nanti akan ranggup !!!
Angkat dan toskan


Sauce

2ulas bawang putih (dicincang)
Setengah awan madu
1 sudu tea cuka apple
1 camca gula perang (gula biasa pun boleh)
2 sudu serbuk cili (di campur bersama air) *jangan terlalu cair

Cara penyediaan
1. tumis bawang putih
2. Masukkan serbuk cili dan goreng hingga harum
3. Masukkan madu, cuka apple, garam dan gula.
4. Rasa dulu sebelum masukkan ayam yang sudah digoreng tadik
5. Kacau ayam bersama sos. Pastikan ayam bersalut dengan sos
6. Tabur bijan yang disangai tanpa minyak (tak bubuh sedap tak da bijan) :P
7. Siap boleh ngap!




No comments:

Post a Comment